Monday, November 16, 2009

Siap satu hari?

Saya sering ditanya kenapa tak boleh siap satu hari semuanya?

Imam yang menikahkan anda akan merekod terus dan dokumen diberikan pada anda. Jabatan agama wilayah memang kenal imam itu dan boleh keluarkan surat pengesahan terus.

Konsulat Malaysia kena pastikan anda berada di Thailand pada masa nikah dengan imigresen malaysia, pastikan bahawa surat dikeluarkan jabatan agama wilayah itu surat sah dan semua ini perlukan bukti bertulis (tentunya bukan dari anda).

Siapapun yang diberi tanggungjawab berat ini akan periksa berkali-kali sebab mengesahkan pasangan tersebut halal bersama, anak-anak halal belaka dan bapa boleh menjadi wali kepada anak perempuan bila dewasa kelak, saya tak jumpa lagi selama 15 tahun menguruskan nikah dengan pegawai yang akan sanggup menyelesaikan dalam satu hari!

(atau beberapa minit sebab anda mula nikah dengan imam, kemudian ke pejabat agama)

Mahkamah malaysia pula tak kenal imam Thailand dan jabatan agama Thailand dan perlukan pengesahan konsulat malaysia sebab itu sahaja jabatan kerajaan Malaysia yang ada dan dokumen itu sahaja dalam bahasa malaysia bertulisan rumi dan boleh diperiksa kesahihahn dengan teleks/email/surat/telefon .

Saya mohon maaf sahabat yang selalu datang tak dapat berjumpa sebab musim haji kali ini saya awal. Bagi yang tidak tahu saya juga menjadi penunjuk jalan di tanah haram untuk haji dan umrah.

wassalam

No comments:

Post a Comment