Saturday, December 5, 2009

Maafkan saya

Salam

Kepada semua yang menghantar email saya pohon maaf sebab saya tak sihat.

Semua urusan berjalan seperti biasa dijalankan oleh Wan bagi pihak saya.

Bagi yang ada no tel dia teruskan berurusan dengan dia.

Bagi yang belum tolong bersabar sebab saya masuk hospital...

Sunday, November 29, 2009

Selamat hari raya qurban!

Salam semua pembaca setia,

Saya tahu banyak yang membaca..lebih seribu email saya terima dalam seminggu ini.

Seminggu ini hujan lebat dan kemungkinan banjir sangat tinggi dan juga kesibukkan para imam/kadi dengan lembu kambing di halaman rumah dan masjid.

Oleh kerana seminggu penangguhan maka akibatnya hari ini kita ada 21 pasangan yang telah menunggu untuk bernikah dan ada yang semenjak sebelum raya lagi ( diharap mereka ingat nasihat saya untuk berSABAR!)

Terima kasih kepada saudara Shaari yang menceritakan pengalaman beliau menikah dengan janji siap satu hari. Imam dijanjikan hanya menunggu beliau seorang, pejabat agama wilayah juga hanya melayan beliau seorang saja dan juga seluruh kakitangan kedutaan juga dijanjikan akan melayan beliau seorang saja (VVIP) dan semua urusan siap dalam satu hari!

Kesudahannya dari belanja awal RM1000 beliau terpaksa membelanjakan sehingga RM3500 kerana seminggu menunggu di Hat Yai bersama rombongan pakar nikah kerana kelewatan atas sebab-sebab yang tidak dapat 'dielakkan'

Kadang-kadang saya hairan sebab yang datang banyak 'mereka yang agak berumur' jugaklah dan telah banyak berurusan dengan kakitangan kerajaan dan ada banyak juga kakitangan kerajaan tetapi kenapa dalam hal ini mereka boleh percaya semua urusan dengan tiga institusi kerajaan 2 Thailand 1 Malaysia boleh dilakukan dalam sehari..

Wassalam

Saturday, November 21, 2009

Kesuyukuran

Alhamdulillah walaupun cuaca semalam hujan lebat tapi kita dapat tunaikan hajat 13 pasangan dari seluruh Malaysia.

Hari ini agak kurang cuma 2 pasangan yang menunggu.

InsyaAllah kita akan langsaikan segera.

wassalam.

Thursday, November 19, 2009

Jumaat

Salam

Hari ini jumaat, pasangan bergerak awal supaya semapat sembahyang jumaat di padang besar.

Tidak banyak pasangan hari ni, cuma 4 pasangan dari Johor, Melaka dan Negeri9.

Selamat pengantin baru!

Wednesday, November 18, 2009

Hari yang cerah

Alhamdulillah

Hari yang cerah...cuma ada 5 pasangan hari ini.

InsyaAllah akan berjalan lancar kita doakan.

wassalam.

Kes kecemasan

Saya minta maaf kepada pasangan dari Pahang yang sampai lewat tadi.

Tidak terdaya tunggu sebab tidak adil kepada yang lain yang telah menunggu dari pagi.

InsyaAllah esok kita langsungkan.

Tidak lari gunung dikejar.

Wassalam

Tuesday, November 17, 2009

Bagaimana jika saya ambil surat imam sahaja?

salam

Ada yang kata abang teksi kata boleh nikah murah, ambil surat imam kemudian pulang?

Masalahnya

1-Imam itu tidak ada sistem filing dan jauh sekali sistem komputer. Jika anda terpaksa kembali walaupun sebulan selepas itu, apatah lagi kalau setahun kerana untuk mendaftar surat lahir anak,anda akan memakan masa berbulan-bulan berulang-alik untuk mencari rekod imam itu.
2-Imam itu tulis dalam jawi lama dan bahasa Thai macamana mahkamah kita nak terima sedangkan kalau silap satu huruf pun dalam ejaan nama kita dokumen boleh rosak..
3-Kemudian anda akan ke pejabat agama wilayah pula...

Ringkas cerita, kerana nak mudah anda akan belanja beribu-ribu ringgit kemudian dan kemungkinan masalah nak selesai juga sangat nipis.

Kerana itu saya tidak akan membuat jalan singkat. saya tahu tiada penyelesaian di masa hadapan.

Hujan

salam

Saya diberitahu Wan hari ni hujan lebat, pergerakkan sangat lambat. Sabarlah...ada 11 pasangan hari ini.

InsyaAllah lepas zohor kita bertolak.

wassalam

Last Minute

Salam

aduh...saat akhir ada pasangan dari JB datang.

Saya mohon maaf kalau dah hampir 5 petang begini memang lambat sikit nak urus. Sebab imam selepas sembahyang asar sibuk sikit..dia pun perlu berehat:)

Tapi dah emergency dia layan jugalah. Sebelum maghrib tapi jangan takut...sempat pulang ke Malaysia!

Wassalam..

Monday, November 16, 2009

Selamat Pengantin Baru!!

Selamat pengantin baru kepada 12 pasangan yang menikah semalam. Saya mohon maaf kerana ada sedikit kelewatan kerana ada satu bakal pengantin warga Singapura, mungkin ada sedikit masalah di kaunter imigresen.

Apapun alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dan semuanya kembali ke negeri masing-masing malam tadi.

Hari ini ada 6 pasangan lagi dan saya akan asingkan rakyat malaysia dari yang lain ( kalau ada) untuk mengelakkan kelewatan.

wassalam

Siap satu hari?

Saya sering ditanya kenapa tak boleh siap satu hari semuanya?

Imam yang menikahkan anda akan merekod terus dan dokumen diberikan pada anda. Jabatan agama wilayah memang kenal imam itu dan boleh keluarkan surat pengesahan terus.

Konsulat Malaysia kena pastikan anda berada di Thailand pada masa nikah dengan imigresen malaysia, pastikan bahawa surat dikeluarkan jabatan agama wilayah itu surat sah dan semua ini perlukan bukti bertulis (tentunya bukan dari anda).

Siapapun yang diberi tanggungjawab berat ini akan periksa berkali-kali sebab mengesahkan pasangan tersebut halal bersama, anak-anak halal belaka dan bapa boleh menjadi wali kepada anak perempuan bila dewasa kelak, saya tak jumpa lagi selama 15 tahun menguruskan nikah dengan pegawai yang akan sanggup menyelesaikan dalam satu hari!

(atau beberapa minit sebab anda mula nikah dengan imam, kemudian ke pejabat agama)

Mahkamah malaysia pula tak kenal imam Thailand dan jabatan agama Thailand dan perlukan pengesahan konsulat malaysia sebab itu sahaja jabatan kerajaan Malaysia yang ada dan dokumen itu sahaja dalam bahasa malaysia bertulisan rumi dan boleh diperiksa kesahihahn dengan teleks/email/surat/telefon .

Saya mohon maaf sahabat yang selalu datang tak dapat berjumpa sebab musim haji kali ini saya awal. Bagi yang tidak tahu saya juga menjadi penunjuk jalan di tanah haram untuk haji dan umrah.

wassalam

Sunday, November 15, 2009

Soalan menarik.

Salam

Soalan: Kenapa saya perlu tunggu seminggu untuk surat konsul?

Jawapan: Konsul perlukan pengesahan bertulis dari beberapa Jabatan termasuk jabatan agama untuk memastikan ketulenan surat nikah / surat jabatan agama anda untuk rekod.

Adakah anda fikir mereka cuma percaya muka dan surat anda?

Kenapa pengesahan pernikahan lambat?

salam

Jawapan:Banyak yang cuba menikah sendiri.

Bagaimana mahkamah malaysia nak tahu pernikahan anda sah?

Dengan merujuk kepada konsul Malaysia.

Bagaimana konsul nak tahu?

Dengan merujuk kepada jabatan agama dan jabatan imigresen.

Kalau semua prosedur lengkap dan tepat, mahkamah cuma nak dengar pengakuan bersalah dan rayuan.

Masalahnya mahkamah perlu pastikan kesalahan anda ialah bernikah luar negara tanpa kebenaran bukannya kesalahan khalwat atau zina.

Kesudahanya sementara nak mencari rekod lama anak yang lahir ' tidak sah taraf'.

wassalam

Kepada yang ingin urus sendiri

Salam

Petua kepada yang ingin buat sendiri.

Pastikan imam yang diiktiraf majlis agama.

Kemudian daftar ke pejabat agama wilayah dan selepas itu ke konsul Malaysia di Songkhla.

Bagi yang tidak biasa pastikan anda ada masa seminggu di Thailand dan belajar sikit-sikit bahasa Siam untuk kemudahan.

Selamat berjaya.

Selamatkah pernikahan di Thailand?

Salam

Tempat pernikahan hanyalah beberapa minit dari sempadan Malaysia dan proses pernikahan hanya mengambil beberapa minit selalunya. Dan anda kembali ke Malaysia dengan selamat.

Benar, banyak travel advisory dari kementerian pelancongan supaya rakyat Malaysia menghindari selatan Thailand terutama pantai timur dari Songkhla ke Sg Golok.

Oleh itu semua urusan pengesahan di Songkhla (yang mesti dilakukan) lebih baik diuruskan oleh mereka yang selalu berulang-alik ke sana kerana mereka arif untuk membaca suasana keselamatan selatan thailand.

wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

Nikah di Thailand

Salam

Saya Hj Din rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand terlibat dalam industri eksport.

Selama saya di Thailand saya lihat banyak pasangan Malaysia tertipu kerana bayaran nikah yang terlalu mahal sehingga ribuan Ringgit dan implikasi daripada perkara tersebut mereka melewatkan laporan ke pejabat agama dan daftar nikah di Malaysia kerana denda dikenakan.

Banyak pasangan kahwin ke Thailand tidak bahagia tetapi banyak juga kahwin di Malaysia tidak bahagia. Hakikatnya tiada siapa dapat membaca masa depan.

Antara sebab utama dilangsungkan perkahwinan di Thailand:

1- Tidak mendapat restu keluarga

2-Tidak mendapat restu isteri pertama

3-Masalah unik

Apa pilihan yang ada?

Haruskah dibiarkan pasangan muda berzina dan membuang anak? Haruskah pasangan 30-an, 40-an berzina dengan dosa yang sangat besar hanya kerana tidak mendapat restu isteri pertama?

Semua ini adalah realiti yang saya lihat sehari-hari dan kerana itu saya ingin memulakan blog ini.

Sila email saya untuk maklumat lanjut. Saya percaya bahawa mereka yang bersusah payah untuk berkahwin kerana mereka ada sedikit iman di hati mereka. Berzina lebih mudah.

(Setiap perkahwinan akan dilaporkan ke konsul Malaysia di Songkhla secara rasmi untuk menjamin kebajikan semua pihak)

Untuk makluman lanjut email saya din.shamsul31@gmail.com