Tuesday, November 17, 2009

Bagaimana jika saya ambil surat imam sahaja?

salam

Ada yang kata abang teksi kata boleh nikah murah, ambil surat imam kemudian pulang?

Masalahnya

1-Imam itu tidak ada sistem filing dan jauh sekali sistem komputer. Jika anda terpaksa kembali walaupun sebulan selepas itu, apatah lagi kalau setahun kerana untuk mendaftar surat lahir anak,anda akan memakan masa berbulan-bulan berulang-alik untuk mencari rekod imam itu.
2-Imam itu tulis dalam jawi lama dan bahasa Thai macamana mahkamah kita nak terima sedangkan kalau silap satu huruf pun dalam ejaan nama kita dokumen boleh rosak..
3-Kemudian anda akan ke pejabat agama wilayah pula...

Ringkas cerita, kerana nak mudah anda akan belanja beribu-ribu ringgit kemudian dan kemungkinan masalah nak selesai juga sangat nipis.

Kerana itu saya tidak akan membuat jalan singkat. saya tahu tiada penyelesaian di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment