Wednesday, July 21, 2010

Khidmat Amal

Salam

Maaf agak lama juga saya diarah berehat.

Sepanjang tempoh berehat saya banyak juga pasangan yang berurusan kahwin. Yang ingin surat imam sahaja saya terpaksa tolak - kecuali ada sebab-sebab tertentu seperti pegawai kerajaan.

Selain dari itu apa yang saya uruskan adalah pakej lengkap. Dari surat imam/pejabat agama/surat konsul.

Khidmat saya lebih bersifat amal jadi saya tidak tulis harga, saya tahu banyak yang mencari rezeki membawa pasangan untuk bernikah di Thailand.

Mereka juga berbuat sesuatu yang baik disamping 'acara sampingan' yang hebat.

Tapi saya cuma menumpukan untuk menikahkan pasangan dan mendokumenkan dengan sempurna.

Maka khidmat saya menjadi paling murah dengan tidak dirancang.

Saturday, December 5, 2009

Maafkan saya

Salam

Kepada semua yang menghantar email saya pohon maaf sebab saya tak sihat.

Semua urusan berjalan seperti biasa dijalankan oleh Wan bagi pihak saya.

Bagi yang ada no tel dia teruskan berurusan dengan dia.

Bagi yang belum tolong bersabar sebab saya masuk hospital...

Sunday, November 29, 2009

Selamat hari raya qurban!

Salam semua pembaca setia,

Saya tahu banyak yang membaca..lebih seribu email saya terima dalam seminggu ini.

Seminggu ini hujan lebat dan kemungkinan banjir sangat tinggi dan juga kesibukkan para imam/kadi dengan lembu kambing di halaman rumah dan masjid.

Oleh kerana seminggu penangguhan maka akibatnya hari ini kita ada 21 pasangan yang telah menunggu untuk bernikah dan ada yang semenjak sebelum raya lagi ( diharap mereka ingat nasihat saya untuk berSABAR!)

Terima kasih kepada saudara Shaari yang menceritakan pengalaman beliau menikah dengan janji siap satu hari. Imam dijanjikan hanya menunggu beliau seorang, pejabat agama wilayah juga hanya melayan beliau seorang saja dan juga seluruh kakitangan kedutaan juga dijanjikan akan melayan beliau seorang saja (VVIP) dan semua urusan siap dalam satu hari!

Kesudahannya dari belanja awal RM1000 beliau terpaksa membelanjakan sehingga RM3500 kerana seminggu menunggu di Hat Yai bersama rombongan pakar nikah kerana kelewatan atas sebab-sebab yang tidak dapat 'dielakkan'

Kadang-kadang saya hairan sebab yang datang banyak 'mereka yang agak berumur' jugaklah dan telah banyak berurusan dengan kakitangan kerajaan dan ada banyak juga kakitangan kerajaan tetapi kenapa dalam hal ini mereka boleh percaya semua urusan dengan tiga institusi kerajaan 2 Thailand 1 Malaysia boleh dilakukan dalam sehari..

Wassalam

Saturday, November 21, 2009

Kesuyukuran

Alhamdulillah walaupun cuaca semalam hujan lebat tapi kita dapat tunaikan hajat 13 pasangan dari seluruh Malaysia.

Hari ini agak kurang cuma 2 pasangan yang menunggu.

InsyaAllah kita akan langsaikan segera.

wassalam.

Thursday, November 19, 2009

Jumaat

Salam

Hari ini jumaat, pasangan bergerak awal supaya semapat sembahyang jumaat di padang besar.

Tidak banyak pasangan hari ni, cuma 4 pasangan dari Johor, Melaka dan Negeri9.

Selamat pengantin baru!

Wednesday, November 18, 2009

Hari yang cerah

Alhamdulillah

Hari yang cerah...cuma ada 5 pasangan hari ini.

InsyaAllah akan berjalan lancar kita doakan.

wassalam.

Kes kecemasan

Saya minta maaf kepada pasangan dari Pahang yang sampai lewat tadi.

Tidak terdaya tunggu sebab tidak adil kepada yang lain yang telah menunggu dari pagi.

InsyaAllah esok kita langsungkan.

Tidak lari gunung dikejar.

Wassalam