Sunday, November 29, 2009

Selamat hari raya qurban!

Salam semua pembaca setia,

Saya tahu banyak yang membaca..lebih seribu email saya terima dalam seminggu ini.

Seminggu ini hujan lebat dan kemungkinan banjir sangat tinggi dan juga kesibukkan para imam/kadi dengan lembu kambing di halaman rumah dan masjid.

Oleh kerana seminggu penangguhan maka akibatnya hari ini kita ada 21 pasangan yang telah menunggu untuk bernikah dan ada yang semenjak sebelum raya lagi ( diharap mereka ingat nasihat saya untuk berSABAR!)

Terima kasih kepada saudara Shaari yang menceritakan pengalaman beliau menikah dengan janji siap satu hari. Imam dijanjikan hanya menunggu beliau seorang, pejabat agama wilayah juga hanya melayan beliau seorang saja dan juga seluruh kakitangan kedutaan juga dijanjikan akan melayan beliau seorang saja (VVIP) dan semua urusan siap dalam satu hari!

Kesudahannya dari belanja awal RM1000 beliau terpaksa membelanjakan sehingga RM3500 kerana seminggu menunggu di Hat Yai bersama rombongan pakar nikah kerana kelewatan atas sebab-sebab yang tidak dapat 'dielakkan'

Kadang-kadang saya hairan sebab yang datang banyak 'mereka yang agak berumur' jugaklah dan telah banyak berurusan dengan kakitangan kerajaan dan ada banyak juga kakitangan kerajaan tetapi kenapa dalam hal ini mereka boleh percaya semua urusan dengan tiga institusi kerajaan 2 Thailand 1 Malaysia boleh dilakukan dalam sehari..

Wassalam

No comments:

Post a Comment