Wednesday, July 21, 2010

Khidmat Amal

Salam

Maaf agak lama juga saya diarah berehat.

Sepanjang tempoh berehat saya banyak juga pasangan yang berurusan kahwin. Yang ingin surat imam sahaja saya terpaksa tolak - kecuali ada sebab-sebab tertentu seperti pegawai kerajaan.

Selain dari itu apa yang saya uruskan adalah pakej lengkap. Dari surat imam/pejabat agama/surat konsul.

Khidmat saya lebih bersifat amal jadi saya tidak tulis harga, saya tahu banyak yang mencari rezeki membawa pasangan untuk bernikah di Thailand.

Mereka juga berbuat sesuatu yang baik disamping 'acara sampingan' yang hebat.

Tapi saya cuma menumpukan untuk menikahkan pasangan dan mendokumenkan dengan sempurna.

Maka khidmat saya menjadi paling murah dengan tidak dirancang.